
PETALING JAYA: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Pelangai menjadi petanda bahawa tiada ‘Gelombang Hijau’ di Pahang, sebaliknya hanya ‘Gelombang Biru dan Merah’, kata Presiden Umno Zahid Hamidi.
Zahid yang juga pengerusi BN berkata, kejayaan itu menunjukkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan semakin diterima rakyat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi DUN Pelangai dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada Amizar Abu Adam di atas kemenangan pada PRK DUN Pelangai kali ini,” katanya di Facebook.
BN mempertahankan kerusi DUN Pelangai dalam pertembungan tiga penjuru, dengan calonnya menang dengan majoriti 2,949 undi.
Amizar memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy…
