
PETALING JAYA: Peguam negara boleh memohon Sirul Azhar Umar dihantar pulang memandangkan kerajaan secara rasmi mengisytiharkan moratorium pelaksanaan hukuman mati susulan pemansuhan hukuman mati mandatori.
Bercakap kepada FMT, SN Nair yang merupakan seorang peguam berpengalaman berkata kerajaan Malaysia patut maklumkan kepada pihak berkuasa Australia bahawa hukuman mati dijatuhi terhadap Sirul boleh disemak semula jika dia memohon.
Sirul, bekas pegawai polis dijatuhkan hukuman mati pada 2006 kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dibebaskan daripada pusat tahanan imigresen di Australia, dua hari lalu.
Pembebasannya selepas Mahkamah Tinggi Australia memutuskan penahanan imigresen tanpa tempoh sebagai menyalahi undang-undang.
Peguam Sirul, William Levingston, dilaporkan berkata…