Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada isu, kata Zuraida berkait jawatan presiden PBM selepas digantung

today4 November 2022

Background



Zuraida Kamaruddin berkata, isu jawatan presiden PBM akan diteliti selepas PRU15.

AMPANG: Zuraida Kamaruddin berkata, “tiada isu” berhubung perebutan jawatan presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang menyebabkan beliau digantung seketika.

“Tiada isu kerana kami mahu mara. Kami mahu fokus pada pilihan raya umum (PRU),” katanya yang akan mempertahankan Parlimen Ampang pada 19 Nov ini, selepas memperkenalkan calon PBM bagi Parlimen Segamat dan Hulu Selangor malam tadi.

Beliau berkata, isu jawatan presiden PBM akan diteliti selepas PRU15.

“Kami bersetuju meneliti perkara itu selepas PRU. Sekarang, kami sedang bersiap sedia untuk memenangi kerusi kami.

Sebelum ini, Zuraida dan Larry Sng bertikai berhubung siapa merupakan presiden sah PBM.

Di tengah-tengah pertikaian mereka, Sng menggantung 13 Ahli Majlis Tertinggi PBM, termasuk Zuraida, setiausaha agung dan ketua penerangannya.

Semalam, Jabatan Komunikasi PBM berkata, perkara itu sudah selesai dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: 'Ainin Wan Salleh


Previous post