Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain tengah berpengaruh, Mesut Ozil mnepis dakwaan yang mengatakan beliau akan meninggalkan Fenerbahce, malah beliau turut mendedahkan mahu mengakhiri kariernya bersama kelab kesayangannya itu.
Menyertai Fenerbahce pada Januari 2021, baki kontrak Ozil bersama kelab yang menamatkan saingan Turkish Super Lig musim 2021/22 di tangga kedua itu dilaporkan sehingga 2024.
Meskipun beliau digantung selama enam bulan bermula Mac lalu dan tidak menerima sebarang bayaran gaji sepanjang tempoh tersebut, Ozil tetap meluahkan rasa cintanya terhadap kelab tersebut dan tidak berhajat untuk meninggalkan pasukan dengan julukan ‘The Yellow Canaries itu’.
“Baru-baru ini saya telah mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat mengenai karier saya. Saya telah menyelesaikan matlamat dalam karier dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah bersama Fenerbahce.”

Kredit…