Hot FM

Tiada keperluan kerajaan perkenal semula GST pada masa ini, kata timbalan menteri



Mohd Shahar Abdullah berkata, GST tidak diperlukan ketika ini kerana momentum pemulihan ekonomi kukuh, peningkatan permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh. (Gambar Bernama)

SIBU: Kerajaan masih belum di peringkat yang perlu untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, ini disebabkan oleh momentum pemulihan ekonomi yang kukuh dengan pertumbuhan 6.9% pada separuh pertama tahun ini dan disokong oleh peningkatan permintaan dari dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh.

“Sehubungan itu, kerajaan yakin ekonomi negara akan mencatat unjuran pertumbuhan antara 5.3% dan 6.3% bagi tahun 2022,” katanya.

Shahar berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST semasa sesi libat urus Kementerian Kewangan dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak di sini hari ini.

Sesi libat urus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version