
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz menegaskan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah menyebut Malaysia mengalami masalah ekonomi yang boleh menyebabkan muflis, sebaliknya ia yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi negara.
Malah, katanya, agensi penarafan global S&P Global Ratings turut menjangkakan persekitaran penggubalan dasar akan menyokong dalam memulihkan penetapan fiskal kepada kedudukan yang lebih kukuh.
Tengku Zafrul berkata demikian menerusi paparan video di akaun Instagram beliau hari ini sebagai mengulas mengenai video tular yang mendakwa Malaysia memerlukan bantuan kewangan IMF serta berdepan risiko untuk muflis.
Sambil menyifatkan video tular berkenaan sebagai “lebih kepada auta berbanding fakta,” beliau berkata kerajaan Persekutuan juga tidak pernah mengupah atau…