

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran kerajaan kekal stabil dan memberi tumpuan penuh kepada pelaksanaan dasar serta tanggungjawab terhadap rakyat, bukannya melayan spekulasi mengenai rombakan Jemaah Menteri.
Beliau berkata, tiada keperluan mendesak untuk merombak barisan Jemaah Menteri ketika ini, walaupun timbul pelbagai pandangan susulan peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.
“Sekarang kerajaan stabil, dasar dibincangkan secara menyeluruh dalam Kabinet dan saya bekerja dengan menteri daripada pelbagai parti.
“Kita bekerja, berkongsi, berbincang dan mempunyai pendirian bersama, termasuk dalam isu dua hala, pelbagai hala dan Asean yang sensitif,” kata Anwar.
Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak…