

Tiada keperluan buat masa ini untuk kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Ini memandangkan proses perundangan serta siasatan oleh pihak berkuasa yang berkenaan masih berjalan.
“Namun sekiranya wujud keperluan munasabah pada masa hadapan, perkara tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri selaras dengan peruntukan Akta Suruhanjaya Siasatan,” katanya dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.
Menurut Saifuddin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan awal namun mendapati isu yang dibangkitkan lebih bersifat teknikal.
“Hasil siasatan mendapati isu tersebut tidak mempunyai asas kesalahan di…