
KUALA LUMPUR: DAP masih belum mencapai kata sepakat sama ada untuk membubarkan DUN Pulau Pinang, menurut setiausaha agungnya, Loke Siew Fook.
Ditanya sama ada parti telah memutuskan perkara itu selepas mesyuarat selama dua jam malam tadi, Loke berkata “tiada keputusan dibuat”.
“Maaf, kami tiada pengumuman untuk dibuat malam ini,” katanya ketika meninggalkan ibu pejabat DAP di sini.
Pemimpin lain yang dilihat meninggalkan mesyuarat itu termasuk Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi Kebangsaan Teresa Kok.
Semalam, Lim berkata, Pakatan Harapan (PH) harus terbuka untuk mengadakan pilihan raya DUN dan Parlimen serentak di Pulau Pinang, memetik kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah jika pengundian diadakan secara berasingan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow juga…