
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air berkata, kementeriannya tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitan pengumuman kenaikan tarif elektrik di Semenanjung tempoh hari.
“Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri (Anwar Ibrahim), sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) bersama-sama Suruhanjaya Tenaga (ST) masih lagi dalam proses memuktamadkan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka dilaksanakan bermula Julai 2025.
Fadillah…