
PETALING JAYA: Amalan pekerja domestik Indonesia memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong dan kemudian memohon permit kerja akan dihentikan mulai 15 Ogos, kata Duta Besar Indonesia Hermono.
Beliau berkata, Sistem Satu Saluran yang akan digunakan menetapkan semua permohonan untuk pembantu rumah Indonesia perlu melalui platform bersepadu Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Hermono yang berada di Jakarta minggu lalu untuk memuktamadkan prosedur pengambilan berkata, bakal majikan mesti menghantar dokumen dan kontrak kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan disaring untuk kelayakan sebagai majikan.
“Jabatan itu kemudiannya akan menghantar data kepada kedutaan melalui platform bersepadu. Sebaik sahaja kami mengesahkan kontrak pekerjaan, Jabatan Imigresen akan mengeluarkan visa dengan nombor rujukan,”…