Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tiada Lagi Persefahaman, Azri Iskandar Dan Ellie Suriaty Sah Bercerai Selepas 19 Tahun Bersama

today17 May 2022

Background

Sebuah ikatan perkahwinan yang terbina selama 19 tahun berakhir apabila pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty disahkan telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut laporan, Ellie mengatakan keputusan untuk berpisah diambil kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman. Bagi Ellie, ia adalah suatu keputusan yang sukar tetapi dia sudah memikirkannya masak-masak.

Dalam pada itu, Ellie turut mengucapkan terima kasih kepada Azri atas pengorbanan dan segala kenangan bersama. Tambahnya, Azri adalah seorang bapa yang sangat menjaga anak-anak dan dia berharap agar orang ramai mendoakan yang baik untuk mereka berdua.

Difahamkan, Ellie telah melaporkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan lalu. Untuk rekod, Ellie dan Azri berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Anak keduanya, Nur Aliah Omar Iskandar meninggal dunia selepas 15 minit dilahirkan, manakala anak keempatnya iaitu Ahmad Muhammad Iskandar meninggal dunia dalam kandungan berusia lima bulan ketika penggambaran filem Penanggal.

Written by: Mimieyuzi


Previous post

Sukan

TMJ Ajak Penyokong JDT Penuhi Stadium Untuk Aksi Liga Super Lawan Sri Pahang

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) merayu para penyokong Harimau Selatan memenuhi Stadium Sultan Ibrahim Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) merayu para penyokong Harimau Selatan memenuhi Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi Liga Super menentang Sri Pahang pada malam esok.

today17 May 2022