Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata tiada rekod pengimportan telur ayam dari negara India selepas Januari 2023.

PETALING JAYA: Tiada lagi telur ayam yang diimport dari India dan Thailand masuk ke pasaran Malaysia, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Mohamad berkata Langkah Kerajaan untuk membenarkan pengimportan telur dari Thailand ataupun negara sumber lain adalah merupakan langkah tambahan bagi menampung keperluan jika berlakunya kekurangan bekalan secara mengejut.
Bagaimanapun, kata Mohamad pada masa ini tiada sebarang pengimportan telur ayam dari Thailand yang direkodkan.
“Berdasarkan rekod semakan semasa, tiada rekod pengimportan telur dari negara India selepas Januari 2023,”…
