
PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melaksanakan pemberian tol percuma bersempena cuti musim perayaan seperti dilakukan sebelum ini.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata perkara itu sudah diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri, tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.
“Tiada lagi tol percuma musim perayaan,” katanya pada majlis perasmian pembukaan Seksyen 2 WCE dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE hari ini, menurut Berita Harian.
Sebelum ini dilaporkan semua implikasi kewangan susulan pengecualian tol bagi setiap perayaan ditanggung oleh kerajaan, bukan syarikat konsesi.
Secara puratanya, kerajaan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan…