
KUALA SELANGOR: Tiada laluan khas disediakan untuk individu yang positif Covid-19 untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tetapi mereka perlu memakai pelitup muka, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kementeriannya memutuskan itu adalah pilihan terbaik untuk pengundi selepas mempertimbangkan sumber yang ada serta kekangan lain.
“Tidak ada laluan khas, kami mencapai pilihan terbaik selepas membuat pertimbangan seperti sumber yang ada dan kekangan seperti ruang serta petugas.
“Jadi prosedur operasi standard (SOP) adalah apa yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah,” katanya selepas menghadiri program Selangkah ke Menara Gading dan Townhall Ikon Malaysia bersama Khairy Jamaluddin…