Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tiada Majlis Perkahwinan April Hadapan – Istana Pahang

today11 December 2024

Background

Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja membabitkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita pada April tahun depan.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, hantaran di laman media sosial Instagram yang dimuat naik sendiri oleh pengguna platform dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_1) menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Mahkota Pahang.

“Menurut hantaran di ruangan Instagram Story berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

“Istana Pahang sudah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuatnaik selain daripada Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang,” katanya menerusi kenyataan media tadi.

Justeru, Datuk Mohamed Zahari Yahya memaklumkan, tindakan tegas boleh diambil terhadap individu terbabit atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

 

Written by: Salma


Previous post