Ruslin Jusoh berkata serangan itu menyebabkan ia gagal diakses dan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej lain.

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) berkata tiada kebocoran maklumat berlaku susulan laman web rasmi jabatan itu diserang individu menggelarkan dirinya sebagai “CaptainSmok3r” awal pagi ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh, berkata serangan pada 2 pagi mengakibatkan ia gagal diakses dengan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej lain.
“Serangan siber ini berbentuk ‘defacement’. Bagaimanapun, capaian berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden ini,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, Ruslin berkata, JIM mengambil langkah pembetulan serta-merta dengan menutup capaian laman web daripada diakses orang ramai untuk melakukan kerja baik pulih konfigurasi keselamatan laman…