
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata pihaknya belum menerima sebarang data dan maklumat mengenai penyalahgunaan atau penyelewengan permohonan kewarganegaraan seperti didakwa berlaku.
Katanya, atas faktor itu pihaknya bimbang cadangan kerajaan untuk meminda beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan yang dikatakan bertujuan mencegah penyalahgunaan permohonan kewarganegaraan Malaysia.
“Sehingga kini, Suhakam masih tidak diberikan sebarang data atau maklumat mengenai penyalahgunaan atau penyelewengan permohonan tersebut.
“Suhakam berpendapat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan perlu berlandaskan pendekatan yang berperikemanusiaan untuk kejelasan dan penyelarasan proses permohonan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.
Pada 26 Nov lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution…