
GOMBAK: Muhammad Kamil Abdul Munim yang akan bertanding ketua Pemuda PKR berkata beliau tiada masalah berdepan ‘berapa penjuru’ dalam merebut jawatan itu pada pemilihan parti Mei ini.
Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan berkata, ‘gelanggang’ pemilihan parti sentiasa terbuka dengan prinsip demokratik dipegang parti selama ini.
“Siapa-siapa boleh menawarkan khidmat mereka untuk memimpin Pemuda di semua peringkat. Tak timbul isu ada penjuru atau tidak.
“Biar anggota buat keputusan sebaiknya bagi sayap Pemuda, lagipun pencalonan tak buka lagi,” kata timbalan ketua Pemuda PKR dalam sidang media selepas program Rawang Mantai Anak Muda.
Pada 18 Mac lalu Kamil menawarkan diri bertanding ketua Pemuda PKR menjelang pemilihan parti.
Katanya, langkah itu bagi perkukuh sayap PKR selain menekankan…