
KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bersedia sepenuhnya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), walaupun terpaksa bertembung Barisan Nasional (BN) Sabah.
Penolong Setiausaha Agung STAR, Rizal Johari berkata, parti itu sentiasa sedar setiap kali memasuki medan pilihan raya, tujuan utamanya adalah memperjuangkan hak Sabah dan rakyatnya.
“Jika Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan BN mahu bergerak solo pada PRU ini, mereka boleh berbuat demikian. STAR sentiasa bersedia untuk bertanding kerana kami sentiasa berpegang kepada perjuangan kami,” katanya.
Dalam kenyataan pada Sabtu lalu, Presiden PBRS, Joseph Kurup menggesa BN Sabah bergerak solo di negeri itu pada PRU15.

Beliau percaya pakatan antara BN dan gabungan pemerintah di Sabah, Gabungan Rakyat…