
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu tidak menolak kemungkinan tokoh dari PAS boleh menjadi calon perdana menteri bagi Perikatan Nasional (PN) pada PRU akan datang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mas Ermieyati Samsudin berkata PAS kini berbeza dengan dahulu apabila dikuatkan dengan penyertaan golongan teknokrat seperti Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar.
Samsuri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Sam pernah menjadi ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Kenapa perlu tolak kalau ada calon PAS yang baik? PAS hari ini bukan yang 20-30 tahun dulu…kita tengok Samsuri satu tokoh baik dan teknokrat yang boleh dibanggakan PN.
“Apa pun pucuk pimpinan harus bincang dalam suasana berhemah,” kata Mas Ermieyati dalam podcast Keluar Sekejap kendalian Khairy…