Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada mesyuarat khas bincang lantik TYT baharu, kata Pejabat Premier Sarawak

today21 January 2024

Background


Pejabat Premier Sarawak menafikan berlaku mesyuarat khas membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN).

KUCHING: Pejabat Premier Sarawak menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, pihaknya ambil maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa berlaku mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Berhubung perkara tersebut, pejabat ini ingin menjelaskan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat untuk tujuan sedemikian,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata pelantikan Yang di-Pertua Negeri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baru-baru ini, dilaporkan Speaker Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar melepaskan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan itu menggantikan Taib Mahmud.

Taib dilantik sebagai Yang di-Pertua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post