
Harapan momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) di Johor dapat diteruskan ke PRN Negeri Sembilan mungkin berdepan kesukaran tanpa ada pemimpin berpengaruh serta popular seperti Onn Hafiz Ghazi, kata penganalisis.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata senario di Negeri Sembilan mungkin berbeza kerana BN dan Umno dibayangi persepsi punca kemelut politik membawa pembubaran DUN, merujuk tindakan 14 Adun parti itu menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun, April lalu.
“Di Johor, BN mempunyai ‘senjata rahsia’ berbentuk ‘poster boy’ yang segar, muda, dinamik dan membawa naratif kestabilan politik iaitu Onn Hafiz.
“Namun di Negeri Sembilan, pengundi atas pagar bukan melihat BN sebagai pembawa kestabilan, melainkan sebagai pencetus utama kemelut politik negeri,” kata penganalisis Global…