
SANDAKAN: Tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan “Friends of BN” dipinggirkan, sebaliknya semua disantuni dengan baik, kata Pengerusi BN, Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, semua parti komponen BN dan “Friends of BN” sentiasa melakukan sesi libat urus serta perbincangan bersama mengenai pelbagai isu.
Katanya, Presiden MCA, Wee Ka Siong yang juga naib pengerusi BN diberikan penghormatan berucap dan merasmikan Himpunan serta Konvensyen BN Sabah hari ini, membuktikan parti komponen itu penting kepada BN.
“PRK dan PRU yang lalu kerusi-kerusi juga telah diperuntukkan, walaupun tidak semua, tetapi kita beri peluang kepada ‘Friends of BN’ bertanding….