
CYBERJAYA: Tiada peluang kedua atau tempoh tambahan akan diberikan kepada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata ini kerana kerajaan telah memberikan satu tempoh yang wajar iaitu dari 21 Okt hingga 30 Nov lepas bagi membuat pilihan sama ada memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
“Apabila tempoh masa tersebut telah melepasi apa yang ditetapkan, tiada ruang lagi untuk mereka membuat pilihan. Jadi mereka perlu berada dalam sistem sedia ada yang menjadi pilihan mereka.
“Sebenarnya yang tidak memilih (opsyen SSPA) ini sangat sedikit. Bagi saya, ini sesuatu yang kita tidak dapat elakkan kerana dalam pilihan ini ada yang menerima, ada yang tidak, itu perkara yang lumrah dalam…