
HULU TERENGGANU: Tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir melanda di Hulu Terengganu Ahad lepas.
Demikian tegas Pengarah Perhutanan Terengganu Roslan Rani sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.
“Sebaliknya, berdasarkan taklimat dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), situasi yang berlaku adalah disebabkan terjadinya gelinciran tanah sehingga menyebabkan tanah runtuh (berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir) pada Ahad.
“Semasa tanah runtuh itu juga berlakunya fenomena ‘kepala air’ yang turut menyebabkan…