
Sembilan ladang ternakan babi di kawasan DUN Ayer Kuning mematuhi peraturan pembuangan sisa dan tidak menyebabkan pencemaran sungai, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak telah menjalankan kajian saintifik mengenainya.
“Saya diberitahu pakar daripada DVS bahawa sisa dari ladang tersebut dialirkan terlebih dahulu ke kolam dan kemudian mengikut kaedah saintifik, dicerakinkan sebelum dilepaskan ke sungai. Bacaan bahan tercemar dibuang ke sungai di bawah 10 (ppm-bahagian per juta), iaitu dalam paras selamat.
“Oleh itu, pembuangan sisa dari sembilan ladang ternakan babi ini tidak menyebabkan pencemaran. Kalau pihak lain mempunyai kajian berbeza,…