Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada perbincangan bawa kembali F1 ke litar Sepang, kata Petronas

today31 January 2024

Background


Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan F1 di SIC sejak 1999 sebelum ditamatkan pada 2017 akibat penurunan jualan tiket dan peningkatan kos untuk menganjurkan pertandingan itu. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Petronas mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC).

Syarikat minyak dan gas multinasional negara memaklumkan perkara itu susulan laporan agensi berita antarabangsa mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

“Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang,” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan F1 di SIC sejak 1999 sebelum ditamatkan pada 2017 akibat penurunan jualan tiket dan peningkatan kos untuk menganjurkan pertandingan itu.

Bagaimanapun, SIC terus menjadi tuan rumah untuk perlumbaan motosikal MotoGP dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post