
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata, sesiapa yang berhasrat menyertai parti itu, termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, mesti mengikut prosedur normal.
FMT melaporkan awal hari ini bahawa rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan Umno untuk menyertai PKR, dengan keputusan dijangka dibuat dalam dua hari lagi, memetik sumber dalaman Umno Selangor.
Fuziah berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan menegaskan sesiapa yang ingin menyertai PKR mesti membuat permohonan dalam talian.
“Semua yang nak masuk PKR mesti memohon dalam talian, tiada laluan khas,” katanya kepada FMT.
“Kalau ada orang berhajat nak sertai (PKR), kita minta mereka ikut prosedur normal.”
Beliau juga berkata,…