Keputusan itu dibuat selepas Speaker DUN Selangor, Ng Sue Lim memaklumkan SPR tiada keperluan pilihan raya kecil berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka kerusi DUN Batang Kali.
Kerusi DUN tersebut diisytiharkan kosong di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata keputusan itu dibuat selepas Speaker DUN Selangor, Ng Sue Lim memaklumkan kepada pihaknya tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
“Berdasarkan kepada Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5). YB Speaker DUN telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan…