Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada PRK di Parlimen Pandan dan Setiawangsa, kata SPR

today20 May 2026

Background


Rafizi Ramli Nik Nazmi Nik Ahmad
Bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa, sebelum keluar daripada parti itu.
PETALING JAYA:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa susulan peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ahli Parlimen.

Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

“Selaras dengan itu, tiada PRK bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa sebelum keluar daripada PKR, dan kini mengambil alih Parti Bersama Malaysia.

PRK tidak diwajibkan kerana Parlimen akan terbubar secara automatik dalam tempoh kurang dua tahun.

Bagaimanapun, speaker Dewan Rakyat boleh meminta SPR mengadakan PRK sekiranya beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Natasha kaut RM119,100

Kuala Lumpur: Impian Malaysia untuk merangkul gelaran pertama USBC Queens masih belum kesampaian apabila Natasha Roslan terpaksa berpuas hati di tempat kedua pada aksi final kejohanan major Persatuan Boling Profesional Wanita (PWBA) di Las Vegas, semalam.

today20 May 2026