KUALA LUMPUR: Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat Taufan Gaemi di Taiwan dan Filipina, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Dalam kenyataan, kementerian itu berkata, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, pihaknya sedang memantau dengan rapi laluan Taufan Gaemi.
Taufan itu melanda Taiwan pada awal pagi Khamis waktu tempatan, menurut Wisma Putra.
Setakat 5 petang Khamis, katanya, tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat taufan itu.
Kementerian menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Taiwan boleh menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di Tingkat 8, Bangunan Plastik San Ho, No 102, Jalan Dun Hua Utara, Taipei, Taiwan.
Mereka juga boleh menghubungi pusat itu melalui talian +886 2 2713 2626 atau melalui e-mel di [email protected].
Dalam kenyataan berasingan,…