
PETALING JAYA: Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand.
Dalam kenyataan, kementerian itu berkata menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang yang meragut dua nyawa dan mencederakan lima yang lain.
“Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di tempat kejadian.
“Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut,” katanya.
Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
“Sebarang perkembangan…