Site icon Hot FM

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di Thailand


Menurut laporan awal seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang meragut dua nyawa dan mencederakan lima yang lain dalam kejadian di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand.

Dalam kenyataan, kementerian itu berkata menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang yang meragut dua nyawa dan mencederakan lima yang lain.

“Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di tempat kejadian.

“Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

“Sebarang perkembangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version