
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden serangan maut di Pahalgam, Kashmir pada Selasa, menurut Kementerian Luar atau juga kenali sebagai Wisma Putra.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pihaknya, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, sedang memantau rapi perkembangan itu susulan serangan bersenjata di destinasi pelancongan popular itu.
“Berdasarkan laporan terkini daripada pihak berkuasa, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu namun keadaan sedang dipantau dengan teliti.
“Suruhanjaya Tinggi telah menghubungi ketua kumpulan agensi pelancongan dari Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan kini berada di Kashmir. Ketua kumpulan tersebut telah melaporkan bahawa mereka berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan…