
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan Tinggi buat masa ini tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) secara keseluruhan.
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata, AUKU merupakan rangka perundangan utama bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti awam serta perkara-perkara berkenaan dengannya.
Katanya, Akta ini telah melalui pindaan sebanyak lapan kali melibatkan pelbagai skop seperti penambahbaikan tatakelola sehingga pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar.
“Pindaan ini membuktikan bahawa kementerian cakna dengan perubahan dan bersedia untuk mengkaji, meminda dan menggantikan apa jua akta atau peraturan yang sudah lapuk serta tidak relevan,” katanya…