

Kerajaan Selangor tidak pernah merancang untuk menggugurkan Umno daripada barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), kata Setiausaha politik Menteri Besar, Saifuddin Shafi.
Katanya, Pakatan Harapan (PH) menghormati Umno sebagai rakan dalam pentadbiran negeri, sambil menambah bahawa gabungan itu adalah sahabat yang boleh dipercayai.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan Selangor tidak pernah mengambil sebarang langkah untuk menggugurkan wakil Umno daripada barisan exco.
“PH menghormati Umno sebagai rakan dalam pentadbiran negeri dan sebarang perkara yang menyentuh kerjasama ini wajar dibincangkan secara terus antara kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu menyusul selepas sumber Bersatu memberitahu FMT, Umno bakal kehilangan jawatan…