Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada rundingan draf MoU selagi PN tak kemuka cadangan, kata TPM

today10 March 2025

Background


Fadillah Yusof
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berkata tiada apa boleh dibincangkan jika PN secara bulat menolak draf MoU.

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan mengadakan perbincangan mengenai peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen Pembangkang melainkan Perikatan Nasional (PN) kemuka cadangan meminda syarat dikatakan “ketat” terkandung dalam draf memorandum persefahaman (MoU).

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berkata syarat bagi peruntukan sama rata ada dirundingkan dalam proses draf MoU ketika Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

“Jika mereka menolak terus MoU kita dan tidak ada cadangan balas, apa nak dibincang?

“Jika ada cadangan daripada mereka, saya akan bawa kepada pihak kerajaan dan memanggil pembangkang untuk bincang (syarat),” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Awal hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada pembangkang berunding dengan kerajaan bagi membincangkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Rex Tan


Previous post