
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat mengeluarkan saman atau mengambil tindakan terhadap hospital dan farmasi gagal mempamerkan harga ubat pada tiga bulan pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025.
Ini kerana, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Farmasi) KKM, Dr Azuana Ramli, tempoh itu akan memfokuskan penguatkuasaan pendidikan.
“Tempoh tiga bulan ini merupakan fasa penguatkuasaan pendidikan, inilah masanya untuk KKM menjalankan advokasi dan melihat bagaimana perintah ini dilaksanakan oleh pihak pelaksana,” katanya menurut Sinar Harian pada sesi taklimat Inisiatif Pemaparan Harga Ubat di Putrajaya.
Turut hadir Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Adam.
Semua ubat dijual atau dibekalkan klinik swasta dan farmasi…