
PETALING JAYA: Pengusaha bas persiaran pelancong mahu kerajaan membenarkan mereka menaikkan harga perkhidmatan jika rayuan untuk mendapatkan subsidi diesel ditolak.
Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (Mita), Mint Leong, berkata ia perlu dilakukan atau mereka berdepan risiko kerugian disebabkan peningkatan kos operasi apabila tidak lagi menerima manfaat subsidi diesel.
Katanya, kerajaan perlu sedar industri pelancongan turut menyumbang kepada hasil dan pendapatan negara.
“Jika kerajaan tidak membenarkan kita menaikkan harga, sukar untuk meneruskan perniagaan ini,” katanya kepada FMT.
Semalam, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata kerajaan tidak berhasrat memberikan subsidi diesel kepada pengusaha bas persiaran kerana sebahagian besar…