KAJANG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan mengenakan syarat untuk pembangkang menyokongnya bagi mendapat peruntukan.
Anwar berkata sebaliknya syarat yang bakal terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) itu hanya melibatkan kestabilan kerajaan bagi menjamin ekonomi negara.
“Tiada syarat sokong perdana menteri seperti ditohmah pembangkang.
“Perbincangan supaya kerajaan stabil dan boleh tumpu pertumbuhan ekonomi dengan menjamin keamanan dan kestabilan, secara terperincinya mereka boleh bincang,” katanya ditemui pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang.
Beliau berkata perbincangan berkaitan syarat dan terma untuk membolehkan pembangkang menerima peruntukan kerajaan diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof serta jawatankuasanya.
Berhubung perkara…