
PETALING JAYA: Komitmen kerajaan baru-baru ini untuk menaikkan gaji penjawat awam bukan suatu tekanan untuk diikuti sektor swasta, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman berkata, sektor swasta kerap menjalankan semakan gaji, dengan banyak majikan melaraskan gaji setiap tahun.
“Kadar (kenaikan gaji sektor swasta), termasuk secara tahunan, secara amnya antara 5% dan 6%,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, syarikat-syarikat dalam kesatuan melaraskan gaji setiap tiga tahun.
“Gaji lazimnya dilaraskan kira-kira 6-10% setiap tiga tahun, kebanyakannya bergantung kepada prestasi kewangan (syarikat),” tambahnya.
Syed Hussain berkata demikian susulan pengumuman kenaikan gaji terbesar bagi penjawat awam, melepasi paras tertinggi sebelumnya iaitu 13%, oleh Perdana…