
PETALING JAYA: Tindakan seorang pelajar cemerlang India di universiti awam tempatan membangkitkan isu meritokrasi dalam ucapannya pada majlis konvokesyen baru-baru ini menunjukkan tiba masanya untuk kerajaan bergerak ke arah meritokrasi, kata seorang aktivis pendidikan.
Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, berkata ucapan tular itu menunjukkan nisbah berkenaan perlu diubah suai beransur-ansur ke arah meritokrasi mutlak kerana tindakan afirmatif memenuhi sasarannya dalam merapatkan jurang sosioekonomi.
“Pelajar cemerlang harus diberi ganjaran tanpa mengira kaum. Tetapi, selain biasiswa kerajaan, terdapat juga sektor korporat, yayasan, alumni dan dermawan yang disediakan untuk pelajar layak,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, semua rakyat Malaysia perlu mengelak daripada memikirkan mereka berhak…