Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Walaupun isu cop parkir di pusat beli-belah sudah banyak kali dibangkitkan, namun masih ada pihak yang pentingkan diri sendiri dengan sanggup berdiri di kawasan parkir kosong.
Baru-baru ini warganet mengecam tindakan seorang wanita yang enggan berganjak daripada parkir kosong walaupun ada pemandu lain mahu meletakkan kenderaannya di situ.
Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh @jalanbasah1, kelihatan wanita terbabit mengetuk bonet belakang serta menunding jari dan ‘mengeraskan diri’ walaupun kenderaan itu sudah mengundur menghampirinya sambil membunyikan hon.
@jalanbasah1 mana boleh akak cop parking
Video itu telah ditonton lebih 1.6 juta kali dan menerima 1,600 komen daripada orang ramai yang geram dan tidak bersetuju selepas melihat wanita terbabit bersikap pentingkan diri sendiri.
Orang ramai menyatakan perbuatan itu…