
PETALING JAYA: Satu kumpulan wanita menolak idea penubuhan universiti untuk wanita yang dicadangkan Barisan Nasional (BN) bagi dimasukkan dalam manifesto pilihan raya parti itu.
Pengarah operasi, Jaringan Inovatif Pemerkasaan Wanita, Junaida Hamid berkata, cadangan itu adalah sesuatu yang memecahbelahkan.
“Sekiranya mahukan kepelbagaian dan menyeluruh, lebih baik menubuhkan satu pusat kajian yang memfokuskan kepimpinan wanita dan diwakili semua peringkat di dalam universiti awam,” katanya kepada FMT.
Junaida berkata, ia mungkin bukan satu penggunaan sumber yang strategik di mana inklusiviti dan penjajaran adalah kunci utama menangani isu kepelbagaian.
“Lebih banyak kajian perlu dilakukan sebelum kita mula menggunakan duit pembayar cukai.
“Akhirnya kita bertanggungjawab kepada pembayar cukai untuk menjustifikasikan sesuatu pelaburan itu dan memastikan semua usaha membuahkan…