Bekas naib ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun memperoleh 342 undi menewaskan Faizal Tajuddin yang mendapat 296 undi.

PETALING JAYA: Hasrat Faizal Tajuddin menyambung legasi ayahnya Tajuddin Abdul Rahman sebagai ketua Umno Pasir Salak tidak kesampaian apabila tewas di tangan Khairul Azwan Harun pada pemilihan hari ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Khairul Azwan yang juga bekas naib ketua Pemuda Umno memperoleh 342 undi manakala Faizal pula mendapat 296 undi, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.
Tajuddin, ahli politik kontroversi menggalas jawatan ketua Umno Pasir Salak selama 18 tahun sejak 2004 dan terpaksa mengosongkannya apabila digantung keahlian selama enam tahun pada Oktober lalu.
Keputusan itu dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi pada Jun…