Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebagai pejalan kaki, kita sentiasa perlu peka dengan keadaan sekeliling semasa mahu melintas jalan raya, lebih-lebih lagi jika laluan tersebut bukanlah laluan dikhaskan untuk pejalan kaki.
Baru-baru ini tular satu video seorang pemandu kereta terpaksa memberhentikan kereta secara mengejut untuk memberi laluan kepada seorang lelaki yang mahu melintas jalan raya bersama-sama dengan ahli keluarganya. Mereka dipercayai mahu pergi ke restoran nasi kandar yang terletak di seberang jalan.

Pada tiga saat terawal video itu, lelaki terbabit sudah bersedia seperti ‘mahu mengacah’ pemandu berkenaan dengan menolak troli bayi (tiada kanak-kanak di dalamnnya) ke tengah jalan raya selaju mungkin untuk membuatkan kereta tersebut berhenti mengejut.
Dengan gayanya yang sombong, lelaki itu menuding jari sambil memarahinya kerana tidak memperlahankan kenderaan untuk memberikan dia sekeluarga…