Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tidak Terima Bayaran Sebagai Duta, Ali Puteh Kecewa Ditipu Syarikat Pembekal Ayam

today15 July 2022

Background

Pada April lalu, pelawak Ali Puteh telah dilantik menjadi duta sebuah syarikat pembekal ayam. Terbaharu, Ali Puteh memaklumkan dirinya enggan lagi dikaitkan dengan syarikat tersebut.

Menerusi laporan, Ali mengatakan bahawa dia tidak mahu terlibat dengan penipuan syarikat terbabit terutama sekali apabila melibatkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.

https://www.instagram.com/p/Cb7JMLlJfLV/

Menurut Ali, dia juga berasa kesal kerana telah memberikan sepenuh komitmen sebagai duta namun tidak menerima bayaran seperti dijanjikan. Pada awalnya, Ali melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul.

“Terus-terang saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya. Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,” katanya.

Tambahnya, walaupun dirinya mempunyai kontrak sah dengan syarikat terbabit dan beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan tetapi tiada jalan penyelesaian diberikan oleh syarikat tersebut.

Written by: Mimieyuzi


Previous post