Baru-baru ini, pasangan dua sejoli iaitu pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar mengadakan majlis resepsi kelima bertemakan kampung style di Melaka.
Untuk pengetahuan, majlis tersebut diadakan diatas permintaan nenek Faris namun hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Menariknya, apa yang menjadi perhatian netizen ialah perubahan bentuk badan Elfira yang dikatakan semakin berisi.
Malah ada juga desas desus yang mendakwa pelakon itu kini mungkin berbadan dua.
Spekulasi berkenaan diperkuatkan lagi dengan foto-foto yang dimuat naik oleh Elfira di mana kelihatan seperti sudah ada ‘baby bump’, walaupun dia memakai selempang yang menutupi bahagian perutnya.
Jika benar spekulasi itu, apa salahnya kan?
Tak sabar nak tunggu Elfira junior!
Comelnya Ardy Wira Anak Betty Rahmad!
Assalamualaikum, hi uncle and aunty, saya lah Ardy Wira Bin Ardy Shafiq, umur saya 44 hari