
Tiga lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes serangan terhadap seorang warga emas di Lorong Ikhwan, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Isnin lalu.
Perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Amir Zainul Muttaqin Mohd Zamri.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 39 hingga 44 tahun itu ditahan petang semalam.
